Sunday 17 November 2013

#10 Introduction To Web-Based Development

Hii..guys! Untuk minggu ni, kami belajar mengenai pebezaan antara webpage, website dan portal, perbandingan antara static website dan dynamic website serta perbandingan antara ASP dan PHP.


Website, Webpage dan Portal

Daripada lecture yang disampaikan oleh Dr.Asyikin, saya dapat simpulkan maksud bagi website, webpage dan portal. Pertama sekali, website adalah gabungan atau koleksi beberapa laman web, gambar atau video yang boleh di akses melalui internet. Manakala, webpage pula adalah sebuah dokumen yang biasanya ditulis dalam bentuk HTML dan boleh di akses melalui HTTP. HTTP pula adalah protokol yang memindahkan maklumat daripada web server ke web browser seperti yang dilihat oleh pengguna. Kesimpulannya, web page adalah satu laman tunggal manakala website adalah gabungan bagi beberapa web page. Web page adalah lebih simple daripada website.

Seterusnya adalah berkenaan dengan portal. Portal adalah sebuah laman web yang berfungsi sebagai laman utama untuk laman-laman yang lain dan juga dikenali sebagai "start page" yang mudah untuk pautan-pautan laman lain. Biasanya sesebuah portal akan mempunyai banyak pautan seperti kewangan, kesihatan, hiburan email, serta pautan untuk pelbagai apklikasi online yang lain. Contoh bagi portal adalah seperti Yahoo, Portal Jabatan Pelajaran Johor, dan Portal Kementerian Pengajian Tinggi.

Static vs Dynamic Website

Static website adalah sebuah laman web yang tidak memerlukan banyak perubahan. Sekiranya ia memerlukan perubahan, ia perlu dilakukan secara manual dan hanya melibatkan isi kandungannya sahaja. Selain itu, statik website dibuat dari simple HTML dan kemudian akan dimuaturun ke dalam server. Biasanya extension bagi statik website adalah .html atau .htm.

Berbeza dari statik website, dinamik website menggunakan keupayaan "server programming" berbanding statik yang menggunakan HTML. Dinamik website juga terlibat dengan database. Perubahan kandungan pada dinamik website biasanya akan melibatkan perubahan pada bahagian-bahagian lain akan tetapi ia tidak akan menjejaskan struktur laman web tersebut. 
Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan bagi static dan dinamik website anda boleh ke sini.

Rasanya sampai sini saja entry untuk kali ini. Tak sabar menanti untuk kelas yang akan datang dan berkongsi lagi ilmu yang diperoleh. Bye! :D

No comments:

Post a Comment