Wednesday 4 December 2013

#14 PHP - MySQL - Xampp

Hai kawan-kawan jumpa lagi! :) Okay..baiklah. Utk minggu ini kami belajar mengenai PHP dan MySQL. Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya akan terangkan apa itu MySQL dan PHP.

MySQL adalah database yang merupakan tempat untuk menyimpan data. Fungi MySQL adalah sama seperti Mic. Access yang telah kami pelajari dalam kelas-kelas yang lepas. Maklumat lanjut mengenai MySQL boleh didapati di http://www.mysql.com/.

PHP pula adalah language yang digunakan untuk membuat web yang mempunyai sama fungsi seperti ASP. phpMyAdmin pula adalah sejenis software yang ditulis dalam bentuk PHP yang membenarkan anda menggunakan fungsi database MySQL. Ini pula link untuk belajar lebih lanjut lagi mengenai phpMyAdmin.

Secara umumnya, cara membina laman web menggunakan PHP hampir sama dengan ASP. Bezanya adalah, testing server yang digunakan untuk PHP adalah apache dan bukan IIS seperti ASP. Peringatan kepada semua, untuk mengaktifkan testing server apache, IIS perlu dihentikan dahulu kerana kedua-dua testing server ini menggunakan port yang sama iaitu port 80. Sekiranya anda ingin menggunakan kedua-dua testing server anda perlu menggunakan port yang berlainan. Setelah anda hentikan IIS, anda boleh mula run apache dan MySQL dengan menggunakan xampp. Xampp adalah sejenis virtual server yang digunakan untuk run program atau fail php dan mysql. 

Langkah seterusnya, seperti ASP, kami perlu create site, insert form, connection, insert record , recordset dan lain-lain di dalam dreamweaver. Rasanya itu sahaja yang ingin saya kongsikan untuk minggu ini. Byeee! Hehe :)