Thursday 19 September 2013

#1 Authoring System

Assalamualaikum wbt.

Lama sudah aku tinggalkan zaman menulis blog ni. Dah tak reti dah rasanya macam mana. By the way, tujuan aku kembali blogging ini adalah kerana ia merupakan salah satu tugasan dalam subjek authoring system. tugasan? subjek? Ya, aku telah membuat keputusan untuk mengambil master dalam bidang teknologi pendidikan. TEKNOLOGI PENDIDIKAN? Ya, aku lompat jurusan. Dari pendidikan kimia ke pendidikan teknologi. hehe. Atas dorongan parent dan rakan-rakan, akhirnya aku kini berada disini. 

Okay, kembali ke tujuan asal aku menulis blog ini. Authoring system. Kelas kelima yang aku hadiri sebagai pelajar master Teknologi Pendidikan di UTM ni. Pertama sekali aku dengar subjek ni aku tak tahu apa isi kandungan subjek ni. Memandangkan subjek ini adalah subjek core. Pensyarah yang mengajar subjek ni ialah Dr. Zaidatun. Tapi bila masuk kelas, pensyarah lain pulak yang masuk iaitu Dr. Norasyikin. Beliau ialah penasihat bidang kami. Hehe Beliau juga merupakan pembantu kepada Dr. Zaidatun. Pertama kali tengak Dr. Zaidatun, rasa seperti Dr. J pulak. Hehe Tetiba rase semangat giler nak belajar. 

Fuhhhh. dah terlebih panjang pulah introduction aku ni. So, sekarang aku nak cerita apa yang aku dapat dalam kelas pertama authoring system ini. Seperti biasa, kelas pertama akan memperkenalkan diri memasing. Jadi malu pulak. Hehe Dan kami juga diterangkan mengenai learning outline. Dari learning outline ini, aku dapati subjek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu scripting in Flash (menggunakan Adobe Flash) dan develop interactive web base application using ASP & PHP in  Adobe Dreamweaver. Flash. Sesuatu yang aku tidak tahu dan aku sangat ingin belajar. Jadi aku berasa seronok untuk mula belajar mengenai flash. Selain itu, kami juga diterangkan mengenai tugasan-tugasan yang perlu kami lakukan untuk mendapatkan carry mark yang membawa 70% daripada markah keseluruhan kami untuk subjek ini dan salah satu tugasan adalah membuat blog ini! hehe. Secara keseluruhannya, aku berminat dengan subjek ini dan cara pensyarah yang mengajar. Semoga subjek authoring system ini akan menjadi subjek yang aku gemari serta mudah untuk aku mendapat markah yang tinggi nanti. aminnnnn....