Monday 14 April 2014

#6 Komposisi Dalam Fotografi

Hii..saya akan menyentuh lebih lanjut tentang komposisi dalam fotografi. :) Komposisi yang baik adalah satu kunci elemen yang susah untuk ditakrifkan dalam dunia fotografi. Garuis panduan bagi komposisi yang baik dalam fotografi terbahagi kepada 5 bahagian iaitu
            • Simplicity
            • The Rule of Thirds
            • Lines
            • Balance
            • Framing




1. Simplicity


Tidak seperti Rule of Third, subjek diletakkan di tengah-tengah untuk menampakkan persamaan kiri dan kanan. Tapi subjek kena kuat, kalau tak subjek akan kelihatan tenggelam. Latarbelakang mestilah kosong dan tiada subjek agar objek nampak jelas.


2. The Rule of Thirds


Ni merupakan peraturan komposisi yang paling selalu fotografer guna.  Caranya dengan meletakkan subjek pada kawasan garis yang bersilang. Garisan tu korang kena imagine sendiri, tapi kebanyakkan kamera sekarang memang ada setting untuk memaparkan garisan tu, pandai-pandailah cari sendiri.




3. Lines


Garisan merupakan satu elemen yang kuat, boleh memberi kesan yang mendalam pada sesuatu gambar. Tapi kita kena pandai letak garisan tu kat mana, kalau di tempat yang betul, garisan akan bertindak menarik mata kita untuk melihat lebih mendalam dan menghayati foto yang kita ambil.



4. Balance


Cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama.



5. Framing


Gambar tidak cantik kalau dibiarkan kosong sahaja. Oleh itu, perlu letak objek sampingan sebagai frame. Objek atau apa sahaja agar ia menjadi subjek untuk merehatkan mata.

Okay..itulah serba sedikit tentang komposisi. Kalau kawan-kawan nak tahu kompoisisi dengan lebih banyak lagi, google je "composition in photography."hehe Ada banyak lagi jenis-jenis komposisi sebenarnya. Yang saya tunjuk kat atas ni hanyalah asas dan biasa digunakan.hihi Bubyeeee! :)

No comments:

Post a Comment