Website, Webpage dan Portal
Daripada lecture yang disampaikan oleh Dr.Asyikin, saya dapat simpulkan
maksud bagi website, webpage dan portal. Pertama sekali, website adalah
gabungan atau koleksi beberapa laman web, gambar atau video yang boleh
di akses melalui internet. Manakala, webpage pula adalah sebuah dokumen
yang biasanya ditulis dalam bentuk HTML dan boleh di akses melalui HTTP.
HTTP pula adalah protokol yang memindahkan maklumat daripada web server
ke web browser seperti yang dilihat oleh pengguna. Kesimpulannya, web
page adalah satu laman tunggal manakala website adalah gabungan bagi
beberapa web page. Web page adalah lebih simple daripada website.
Seterusnya adalah berkenaan dengan portal. Portal adalah sebuah laman web yang berfungsi sebagai laman utama untuk laman-laman yang lain dan juga dikenali sebagai "start page" yang mudah untuk pautan-pautan laman lain. Biasanya sesebuah portal akan mempunyai banyak pautan seperti kewangan, kesihatan, hiburan email, serta pautan untuk pelbagai apklikasi online yang lain. Contoh bagi portal adalah seperti Yahoo, Portal Jabatan Pelajaran Johor, dan Portal Kementerian Pengajian Tinggi.
Static vs Dynamic Website
Static website adalah sebuah laman web yang tidak memerlukan banyak
perubahan. Sekiranya ia memerlukan perubahan, ia perlu dilakukan secara
manual dan hanya melibatkan isi kandungannya sahaja. Selain itu, statik
website dibuat dari simple HTML dan kemudian akan dimuaturun ke dalam
server. Biasanya extension bagi statik website adalah .html atau .htm.
Berbeza dari statik website, dinamik website menggunakan keupayaan "server programming" berbanding statik yang menggunakan HTML. Dinamik website juga terlibat dengan database. Perubahan kandungan pada dinamik website biasanya akan melibatkan perubahan pada bahagian-bahagian lain akan tetapi ia tidak akan menjejaskan struktur laman web tersebut.
Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan bagi static dan dinamik website anda boleh ke sini.
Rasanya sampai sini saja entry untuk kali ini. Tak sabar menanti untuk kelas yang akan datang dan berkongsi lagi ilmu yang diperoleh. Bye! :D
Rasanya sampai sini saja entry untuk kali ini. Tak sabar menanti untuk kelas yang akan datang dan berkongsi lagi ilmu yang diperoleh. Bye! :D
No comments:
Post a Comment